Trekking Pole
Trekking Pole / Hiking Stick
Trekking Pole / Hiking Stick (rujukan) mempunyai pelbagai guna untuk keadaan tertentu dan kecemasan. Sebahagian dari kegunaannya seperti di bawah..
1. Untuk membantu imbangan badan bila hiking. Sebuah kajian di The Journal of Sports Medicine pada tahun 1999 menemukan fakta bahwa penggunaan sepasang trekking pole mampu mengurangkan tekanan sehingga 25% pada lutut, terutama pada saat berjalan turun. Menurut penelitian Center for Disease Control and Prevention, jatuh secara tidak sengaja merupakan salah satu penyebab utama kematian. Seperti yang kita ketahui semua bahwa hiking adalah aktiviti dengan risiko terjatuh yang amat tinggi. Jadi trekking pole wujud untuk meminimakan kemungkinan tersebut.
2. Untuk menguji kedalaman sesuatu tempat..seperti sungai, paya dan lubang. Ia juga dapat memberi gambaran tanah seperti tanah itu lembut, keras atau sebagai nya sebelum dipijak.
3. Boleh digunakan sebagai mono pole untuk perlindungan sementara bersama poncho, fly atau groundsheet.
4. Boleh di gunakan sebagai 'splinter' first aid jika perlu stabilkan luka seperti patah dan sebagainya.
5. Sebagai leverage tool bila mendaki atau turun dari tempat curam. Trekking Pole dapat mengambil tekanan atau pressure dari kaki atau lutut ketika mendaki.
6. Sebagai alat perlindungan memberi jarak dari binatang liar dan hiker. Ini dapat memberi sedikit jarak selamat dan jika perlu ia boleh dijadikan senjata untuk memukul sementara.
7. Sebagai alat untuk mengambil benda tinggi seperti buah buahan, sarang burung dan lain-lain di dalam situasi kecemasan.
8. Alat untuk menyangkuk barangan tinggi dari tanah.
9. Menarik rakan atau barang yang jatuh didalam lubang atau semak.
Trekking Pole
Bahagian Trekking Pole |
Lock mekanisma |
Tips Menggunakan Trekking Pole
1. Cara menggenggam trekking pole. Memasukkan pergelangan tangan ke strap dari bawah, kemudian menggenggam grip beserta strap tersebut.
Pendekkan trekking pole semasa naik dan panjangkan semasa turun.
Harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menambah ilmu hiking kita bersama.
Terima kasih :)
Comments
Post a Comment