Gunung Pulai






Gunung Pulai

Info mengenai Gunung Pulai :

Gunung Pulai merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Gunung Pulai mempunyai ketinggian setinggi 654 meter. 

Gunung Pulai mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat Stesen Pemancar TV dan radio meliputi daerah Johor Bahru. Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan daerah Kluang. Pemancar ini juga menjangkau ke Singapura dan Pulau Batam , dan pulau-pulau yang berdekatan di Indonesia.

Sistem 'troposcatter' telah dipasang di puncak Gunung Pulai dengan Kuching, Sarawak bagi meningkatkan perhubungan telefon antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur pada tahun 1970. Hubungan kawat SEACOM juga telah dipertingkatkan sejak 1967.

Gunung Pulai merupakan salah satu pemancar terpenting di Malaysia bagi Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.



Aktiviti Hiking (08.04.2018)

Mula mendaki : 8.25 pagi
Tamat pendakian : 11.45 pagi
Total jarak : 10.6km (mengikut STRAVA)

Assalamualaikum..

Kali ini hanya 3 orang sahaja yang join hiking ke Gunung Pulai. Tapi dekat sana ramai giler orang terutama dari Singapura. Yela memang majoriti bangsa cina lebih berminat tentang aktiviti kesihatan ini kan? Sama juga macam di Gunung Lambak kebanyakan semua yang datang dah berumur dan ada juga yang membawa anak kecil ke sini. Cuma Gunung Pulai tidak ada view dipuncak dan kita tidak dibenarkan menghampiri pintu stesen pemancar yang ada di sana.(abam askar jaga)☺

Gunung Pulai ini adalah yang paling dekat dengan rumah saya sebab saya tinggal di Pekan Nenas dan hanya ambil masa 15 minit jer untuk kesini. Tapi ini kali pertama saya menjejakkan kaki kesini walaupon dekat..huhuhuhuhu..😲

Suasana di Gunung Pulai tenang dan saya dapat lihat banyak punca air yang dapat dilihat tapi tidak tahu pulak selamat atau tidak untuk diminum.Bagi saya best juga datang kesini sebab ada 2 jenis trail yang kita boleh lalu iaitu trail hutan dan tar jalan raya. Kali ini saya ikut trail tar sebab untuk trail hutan saya tidak tahu takut-takut sesat pulak nanti.Mungkin next time boleh cuba tapi kenela follow orang yang tahu trail hutan itu.

Rehat kejap



Ni dekat puncak dan belakang tu pintu stesen pemancar di sini (dilarang menghampiri pintu itu sebab ada abam askar jaga)

Papan tanda ini sungguh makan dalam perggghhhhh💪



Ondeway nak balik da ni




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk Hutan

Asas Ikhtiar Hidup Apabila Sesat Di Dalam Hutan

Petua Menjauhkan Diri Dari Gigitan Lintah Dan Pacat