Posts

Showing posts from June, 2021

BERKHEMAH BERSAMA KELUARGA - Aktivit terbaru saya

Image
Aktiviti berkhemah bersama keluarga adalah salah satu aktiviti yang menarik apatah lagi ianya dilakukan bersama orang yang tersayang. Ianya juga menjadi trend masa kini yang bagus untuk keluarga. Banyak sebenarnya manfaat berkhemah ini dan diantaranya ialah : 1- Menjadi lebih aktif Kita dan anak-anak menjadi lebih aktif kerana kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah diluar seperti mencari kayu, mendirikan khemah, memancing, memasak bersama dan yang terutama untuk anak-anak adalah aktiviti bermandi-manda. 2- Tidur lebih nyenyak Dengan aktiviti-aktiviti di siang hari dan ada kalanya terbawa sampai ke malam ianya akan membuatkan anak-anak cepat penat dan mengantuk. Suasana dan udara yang nyaman akan menjadi pendorong mereka tidur lebih nyenyak. 3- Menghilangkan Stress Jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar/kota serta semua teknologi seperti komputer atau telefon bimbit (gadget) akan membantu merehatkan minda sambil menikmati keindahan alam. 4- Mengeratkan hubungan kekeluargaan Banyak ma