Doa Masuk Hutan Kredit : Azril Hidayat Irwan Shah Assalamualaikum... Perkongsian terutama untuk yang beragama Islam. Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir. Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini "Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau" Jangan! Syirik hukumnya. Amalkan ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali Setiap langkah di baca doa ini : "Salamun 'ala sulaiman fil 'alamin" -Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita. Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah di galakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَل...
Petua Menjauhkan Diri dari Gigitan Lintah dan Pacat Kebiasaannya ramai orang yang mahu dirinya supaya dijauhi dari lintah atau pacat, ada beberapa petua atau kaedah untuk mengelakkan daripada digigit lintah ini antaranya.. Menyapukan sabun pada kulit dan dibiarkan kering ataupun Menyapukan minyak kayu putih pada kulit Ada juga kawan yang mensyorkan sebelum masuk ke dalam hutan atau ladang, siramkan pada kaki dan kasut dengan air tembakau pacat atau lintah InsyaAllah takkan gigit atau naik pada kaki kita. Sebelum masuk hutan, pastikan anda memakai stokin sebaik-baiknya jenis cotton supaya pacat tidak boleh masuk. Kalau stokin biasa yang jenis strtchable tu, pacat memang senang-senang masuk. Kalau tidak pun, lumurkan kaki dengan sebarang losyen atau minyak angin pada seluruh kaki dan tangan (kadang-kadang pacat jatuh dari daun),pasti pacat tak lekat punya. Sebagai langkah tambahan, pada jungle boot anda semburkan bygon. bygon ?! " mati ...
Aktiviti berkhemah bersama keluarga adalah salah satu aktiviti yang menarik apatah lagi ianya dilakukan bersama orang yang tersayang. Ianya juga menjadi trend masa kini yang bagus untuk keluarga. Banyak sebenarnya manfaat berkhemah ini dan diantaranya ialah : 1- Menjadi lebih aktif Kita dan anak-anak menjadi lebih aktif kerana kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah diluar seperti mencari kayu, mendirikan khemah, memancing, memasak bersama dan yang terutama untuk anak-anak adalah aktiviti bermandi-manda. 2- Tidur lebih nyenyak Dengan aktiviti-aktiviti di siang hari dan ada kalanya terbawa sampai ke malam ianya akan membuatkan anak-anak cepat penat dan mengantuk. Suasana dan udara yang nyaman akan menjadi pendorong mereka tidur lebih nyenyak. 3- Menghilangkan Stress Jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar/kota serta semua teknologi seperti komputer atau telefon bimbit (gadget) akan membantu merehatkan minda sambil menikmati keindahan alam. 4- Mengeratkan hubungan kekeluargaan Banyak ma...
Comments
Post a Comment