Posts

Showing posts from October, 2017

Kesan Tapak Kaki Binatang

Image
Ini sebagai rujukan kita bila ternampak atau terserempak dengan kesan tapak semasa mendaki. Semoga bermanfaat untuk kita.

Gunung Belumut

Image
Gunung Belumut Info mengenai Gunung Belumut : Gunung Belumut yang terletak 18 kilometer di timur Kluang ialah gunung ketiga tertinggi di negeri Johor, Malaysia. Tingginya 1,010 meter, sedangkan tinggi Gunung Ledang yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri ini 1,276 meter. Gunung Belumut mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Perkataan "Belumut" merujuk kepada batang-batang pokok yang dilitupi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau. Serupa dengan banyak hutan di Malaysia, terdapatnya harimau di gunung ini. Bagaimanapun, harimau Malaysia biasa takut akan manusia dan akan menyembunyikan diri. Walaupun demikian, Gunung Belumut pernah ditutup buat sementara waktu pada pertengahan 1990-an disebabkan seekor harimau yang menyerang ternakan di sebuah kampung di sana. Salah satu tarikan gunung ini ialah "Batu Mahkota", sebuah batu yang kelihatannya seolah-olah satu mahkota raksasa, dan dapat dilihat selepas penggembaraan berjalan kaki selama

Gunung Ledang (02.12.2017)

Image
Gunung Ledang Info mengenai Gunung Ledang : Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Klu

Gunung Pulai

Image
Gunung Pulai Info mengenai Gunung Pulai : Gunung Pulai merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Gunung Pulai mempunyai ketinggian setinggi 654 meter.  Gunung Pulai mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat Stesen Pemancar TV dan radio meliputi daerah Johor Bahru. Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan daerah Kluang. Pemancar ini juga menjangkau ke Singapura dan Pulau Batam , dan pulau-pulau yang berdekatan di Indonesia. Sistem 'troposcatter' telah dipasang di puncak Gunung Pulai dengan Kuching, Sarawak bagi meningkatkan perhubungan telefon antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur pada tahun 1970. Hubungan kawat SEACOM juga telah dipertingkatkan sejak 1967. Gunung Pulai merupakan salah satu pemancar terpenting di Malaysia bagi Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. Aktiviti Hiking (08.04.2018) Mula mendaki : 8.25 pagi Tamat pendakian : 11.45 pagi Total jarak : 10.6km (mengikut

Trekking Pole

Image
Trekking Pole / Hiking Stick Trekking Pole / Hiking Stick (rujukan) mempunyai pelbagai guna untuk keadaan tertentu dan kecemasan. Sebahagian dari kegunaannya seperti di bawah.. 1. Untuk membantu imbangan badan bila hiking. Sebuah kajian di The Journal of Sports Medicine pada tahun 1999 menemukan fakta bahwa penggunaan sepasang trekking pole mampu mengurangkan tekanan sehingga 25% pada lutut, terutama pada saat berjalan turun. Menurut penelitian Center for Disease Control and Prevention, jatuh secara tidak sengaja merupakan salah satu penyebab utama kematian. Seperti yang kita ketahui semua bahwa hiking adalah aktiviti dengan risiko terjatuh yang amat tinggi. Jadi trekking pole wujud untuk meminimakan kemungkinan tersebut. 2. Untuk menguji kedalaman sesuatu tempat..seperti sungai, paya dan lubang. Ia juga dapat memberi gambaran tanah seperti tanah itu lembut, keras atau sebagai nya sebelum dipijak. 3. Boleh digunakan sebagai mono pole untuk perlindungan sementara bersama pon

Doa Masuk Hutan

Image
Doa Masuk Hutan Kredit : Azril Hidayat Irwan Shah Assalamualaikum... Perkongsian terutama untuk yang beragama Islam. Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir. Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini "Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau" Jangan! Syirik hukumnya. Amalkan ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali Setiap langkah di baca doa ini : "Salamun 'ala sulaiman fil 'alamin" -Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita. Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah di galakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَل

Tasik Biru Kangkar Pulai (08.10.2017)

Image
Aktiviti Hiking (08/10/2017) Assalamualaikum.. Balik dari hiking di gunung lambak esok paginya pergi pula hiking di Tasik Biru Kangkar Pulai. Pemandangan disana cantik di mana kita dapat melihat tasik yang airnya berwarna biru dan terhasil dari perlombongan kuari yang ditinggal. Gunung yang kita hiking ni pon sebenarnya sebahagian dari Gunung Pulai. p/s : untuk pengetahuan anda kawasan ini adalah kawasan tadahan hujan negeri Johor dan sebahagian dari ladang sawit milik persendirian. Pendekkan cerita kawasan ini adalah kawasan larangan hiking sebenarnya tapi setiap hujung minggu mesti ramai orang yang datang..huhuhuhu. Pemandangannya cantik Terbaik!! Air Biru.. Mencabar jugak huhuhuhu Sempat lagi cik kak ni posing.. Tanah agak lembab dan sedikit licin Chaiyok!! yakin boleh.. Sempat ambil gambar kenangan berlatar belakangkan Tasik yang berwarna biru