BERKHEMAH BERSAMA KELUARGA - Aktivit terbaru saya


Aktiviti berkhemah bersama keluarga adalah salah satu aktiviti yang menarik apatah lagi ianya dilakukan bersama orang yang tersayang. Ianya juga menjadi trend masa kini yang bagus untuk keluarga.

Banyak sebenarnya manfaat berkhemah ini dan diantaranya ialah :

1- Menjadi lebih aktif


Kita dan anak-anak menjadi lebih aktif kerana kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah diluar seperti mencari kayu, mendirikan khemah, memancing, memasak bersama dan yang terutama untuk anak-anak adalah aktiviti bermandi-manda.

2- Tidur lebih nyenyak

Dengan aktiviti-aktiviti di siang hari dan ada kalanya terbawa sampai ke malam ianya akan membuatkan anak-anak cepat penat dan mengantuk. Suasana dan udara yang nyaman akan menjadi pendorong mereka tidur lebih nyenyak.

3- Menghilangkan Stress

Jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar/kota serta semua teknologi seperti komputer atau telefon bimbit (gadget) akan membantu merehatkan minda sambil menikmati keindahan alam.

4- Mengeratkan hubungan kekeluargaan

Banyak masa yang dapat kita luangkan untuk anak dan isteri ketika kita melakukan aktiviti berkhemah ini dan secara tidak langsung ianya dapat membaiki komunikasi bersama keluarga yang selama ini kesibukan kita membataskannya.

5- Mempelajari perkara baru

Anak-anak dapat menimba ilmu dan belajar sesuatu yang baru seperti belajar cara mendirikan khemah, memasak dan menyalakan unggun api. Dengan adanya teknologi sekarang, ianya menjadi lebih mudah untuk di pelajari dan diaplikasikan.

6- Lebih menghargai alam

Yang terpenting sekali kita dapat mendekatkan anak-anak dengan alam semulajadi. Bak kata pepatah ''tak kenal maka tak cinta'' jadi setelah mereka mengenal alam membuatkan mereka lebih peka serta ada rasa tanggungjawab untuk menjaga dan melestarikan alam semuala jadi.



Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk Hutan

Petua Menjauhkan Diri Dari Gigitan Lintah Dan Pacat

Asas Ikhtiar Hidup Apabila Sesat Di Dalam Hutan