Gunung Lambak (07.10.2017)
Assalamualaikum...
Ini post pertama saya berkenaan aktiviti melapangkan otak sambil menyihatkan badan. :)
Saya memilih aktiviti 'hiking' atau mendaki. Saya akan berkongsi kepada anda berkenaan aktiviti ini selepas mendaki gunung nanti.. Tunggu...
Lokasi gunung : Gunung Lambak, Kluang, Johor.
Sedikit info mengenai Gunung Lambak
Gunung Lambak merupakan sebuah gunung kecil yang terletak di Kluang, Johor dengan ketinggian setinggi 510 meter (1673 kaki) dari aras laut.
Gunung Lambak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Pada tahun 1969 sebuah stesen pemancar TV RTM telah siap dibina untuk memberi mutu siaran TV yang baik bagi penonton di daerah Kluang. Sebelum ini penonton di sini mengikuti siaran TV dari pemancar Gunung Pulai, Johor Bahru. Namun demikian operasi stesen pemancar TV Gunung Lambak hanya bertahan selama 13 tahun sahaja kerana Kementerian Penerangan Malaysia ketika itu mahukan penduduk di Johor supaya lebih menonton siaran TV Malaysia berbanding siaran TV Singapura.
Untuk itu sebuah stesen pemancar TV RTM yang baru telah siap dibina di Gunung Ledang dekat Tangkak yang kawasan liputannya lebih luas. Oleh itu stesen pemancar TV di Kluang ditutup secara rasmi pada tahun 1983. Bermula dari tarikh itu penonton di Kluang perlu manghalakan antena TV kearah Gunung Ledang secara tidak langsung siaran TV Singapura menghadapi gangguan kerana talaannya tidak sama dengan siaran TV Malaysia. Keadaan yang sama turut berlaku di Batu Pahat di mana stesen pemancar TV Bukit Soga, Batu Pahat turut ditutup. Sekarang ini stesen pemancar TV Gunung Lambak dikawal selia pihak Telekom untuk sistem komunikasi sahaja, bukan penyiaran lagi.
Hutan Lipur Gunung Lambak telah dibangunkan sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan yang dinamakan Hutan Lipur Gunung Lambak. Laluan dan jambatan kayu menjadikannya mudah untuk mendaki ke puncak dan tempat berkelah. Di dasar gunung mempunyai tempat letak kereta, bangku, taman permainan kanak-kanak kecil dan tandas. Terdapat juga penginapan chalet, kemudahan perkhemahan dan kolam renang.
Sumber : Wikipedia

Aktiviti Hiking (07/10/2017)
Pakcik cina ni jual buku hasil penulisannya tentang pendakian ke merata tempat di dunia semasa muda hingga sekarang |
Tengok je tapi tak faham pon sebab semua tulisan cina |
Dia menerangkan kepada saya sedikit sebanyak mengenai Gunung Lambak. Bagus pakcik ni peramah orangnya |
Bersemangat anak kepada kawan saya ni yang join aktiviti ktaorang kali ini |
Abang cameraman kita pada hari ini |
Rehat sebentar ambik nafas huhuhuu |
Cayala lu Bro!!!! Terbaik... |
Muka abang ni dah kepenatan tapi masih bersemangat waja hehehehe.. |
Alhamdulillah kami sampai jugak ke puncak |
Team kami terbaik woooo... |
Masing-masing muka ada senyum.. :) |
Aktiviti bergambar dipuncak |
Ini budak memang Terbaik!!! THUMBS UP |
Comments
Post a Comment