GORE-TEX


Assalamualaikum...

Hari ini saya nak berkongsi ilmu mengenai APA ITU GORE-TEX?

Jacket ada gore-tex, seluar hiking pon ada cop Gore-Tex, kasut hiking pon ada Gore-Tex? Apa sebenarnya GORE-TEX ni?

Mari baca dan jom kita tengok.



PRINSIP

Secara ringkasnya, Gore-Tex adalah material yang kalis air (waterproof), kalis angin (windbreaker) tetapi breathable, gore-tex ialah satu membran kain diantara material lain yang dilapik bersama.

Hak ciptanya dipegang oleh OFW. L. Gore and Associates. Dicipta pada tahun 1969, Gore-Tex mampu untuk menangkis air sementara materialnya membolehkan wap air melaluinya, menyebabkan ianya mampu bernafas. Ini akan mendatangkan keselesaan kepada si pemakai. Direka untuk lebih ringan, kain kalis air untuk semua keadaan cuaca digunakan. Ia terdiri daripada polytetrafluoroethylene diregangkan (PTFE), yang lebih dikenali sebgai ''TEFLON".



SEJARAH GORE-TEX

Sebelum Gore-Tex, stretchedpolytetrafluoroethylene (PTFE) pita telah dihasilkan pada tahun 1966 oleh John W. Cropper New Zealand. Beliau telah membangunkan dan membina sebuah mesin untuk kegunaan ini. Walau bagaimanapun, Cropper memilih untuk menjaga prosess kewujudan PTFE kekal sebagai rahsia perdagangan oleh syarikatnya dan oleh itu, ia kekal tidak diterbitkan sebagai harta intelek.

Gore-Tex telah dicipta

bersama oleh Wilbert L. Gore dan anak Gore, Robert W. Gore. pada tahun 1969, hasil pengubahsuaian ciptaan Cropper. Bob Gore memanaskan PTFE dan mencipta polytetrafluoroethylene yang lebih kembang dan solid menjadi emulsion polytetrafluoroethylene (ePTFE). Penemuannya daripada regangan PTFE adalah tidak sengaja.

Jadi mereka berdualah yang mencipata dan pemilik harta intelek gore-tex atau teflon. Beberapa tahun kemudian kakak Gore mencipta material Windstopper adalah sama dengan Gore-Tex dalam menjadi windproof dan bernafas, tetapi mempunyai keupayaan untuk meregangkan dan tidak kalis air.



KEGUNAAN

Bahan Gore-Tex biasanya berdasarkan dari expend PTFE termo-mekanikal dan produk fluoropolymer lain. Ia digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti fabrik berprestasi tinggi, implan perubatan, media penapis, penebat untuk wayar dan kabel, gasket, dan pengedap. Walau bagaimanapun, kain Gore-Tex terkenal kerana penggunaannya dalam perlindungan cuaca, pakaian hujan dan sangat popular dalam material sukan extreme dan pergunungan.

Fluoropolymer (Teflon) Membran ini mempunyai kira-kira 9 bilion liang per inci persegi (kira-kira 1.4 bilion liang per sentimeter persegi). Setiap liang adalah kira-kira 1/20000 saiz titisan air, menjadikania tidak dapat ditembusi air sementara masih membenarkan molekul wap air melaluinya menyebabkan ianya ''breathable''

Gore-Tex kini sudah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, pertanian, military dan senjata selain dari pakaian sukan extreme. Inilah serba ringkas tentang latar belakang  Gore-Tex.

Semoga info ini bermanfaat kepada kita semua. :)

Kredit : abotshopgear

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk Hutan

Asas Ikhtiar Hidup Apabila Sesat Di Dalam Hutan

Petua Menjauhkan Diri Dari Gigitan Lintah Dan Pacat