Sukan Muafakat Mendaki Gunung Lambak
Sukan Muafakat Mendaki Gunung Lambak
anjuran bersama
Kelab Pendaki Jejak Gunung Lambak (JGL Hikers)
Majlis Belia Daerah Kluang
Persatuan Mendaki dan Berkhemah Malaysia (HACAM)
pada
10 MAC 2018
bertempat di
HUTAN REKREASI GUNUNG LAMBAK
Assalamualaikum,
Ini kali pertama saya masuk program hiking yang diadakan di Gunung Lambak, Kluang, Johor. Kira-kira 180 orang peserta yang menyertainya dalam keadaan hujan yang agak menarik dan menjadi pengalaman yang baik tidak seperti cuaca yang biasa.
Kami dari ONXON Hikers seramai 6 orang pada hari tersebut. Walaupon tak padu tapi Alhamdulillah dapat habiskan jugak sampai ke garisan penamat dengan total masa hampir 2 jam setengah..huhuhuhu (masa yang dicatat tidak begitu baik).
Peserta pertama yang berjaya menamatkan program hiking dengan catatan masa 37 minit sahaja naik dan turun weyyyy!!!! hebat betul stamina dia... Nak kena banyak training kalau nak jadi seperti peserta tersebut..MANTOP habis.
Okla at least saya dapat jugakla merasa suasana program tersebut. Insha Allah di masa akan datang banyak lagi program-program macam itu saya boleh sertai.
Kami bersarapan sebelum memulakan program pendakian |
Ni dekat garisan MULA ambik gambar kenangan dulu.. |
Peserta pertama dari group kami yang sampai kepuncak dulu dengan catatan masa 👇👇 |
Comments
Post a Comment